fbpx

Zarina Anjoulie Dikecam Rentas Negeri Untuk Sedut Lemak

Memuat naik video melakukan rawatan kecantikan untuk menyedut lemak di sebuah klinik di Kuala Lumpur, perkongsian pelakon Zarina Anjoulie itu dikecam apabila didakwa merentas negeri tanpa urusan penting.

Tidak hanya berdiam diri, Zarina atau lebih mesra disapa Anju tampil mempertahankan diri memaklumkan bahawa dia sudah mendapat kebenaran polis dan apa yang dilakukannya itu adalah urusan kerja.

BACA: Dua Kali Bercerai, Zarina Anjoulie Tak Malu Jadi Janda

“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat KL, kadang-kadang aku tak balik sebab esoknya kena kerja siang. Aku duduk Nilai jauh nak balik.

“Surat kebenaran aku dah mohon dekat Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa yang tidak puas hati, menggeletis boleh telefon terus ke balai polis untuk bertanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet!” tulisnya di Instagram.

Menerusi satu lagi perkongsian, Anju berkata apa yang dilakukannya itu adalah atas tuntutan kerja dan dia telah dibayar untuk mempromosikan klinik berkenaan.

“Bila orang bebel kata aku pergi KL tak ada kepentingan, itulah cara aku cari duit dengan buat review. Kau ingat semua duit sumbangan yang aku buat selama ini datang dari mana? Daripada ulasan produk!

‘Bukan laki kau yang tanggung aku kalau aku tak kerja. Kerja aku sekarang ini buat ulasan tentang rawatan lipo dan dapat gaji. Sila hadam,” katanya.