Kebiasaannya kita sering mendengar selebriti membawa kereta mewah, namun berbeza buat Zarina Anjoulie yang berkongsikan foto gambar kereta kesayangannya iaitu Proton Satria Neo di Instagram. Malah, Zarina mengakui pernah ditertawakan kerana memandu kereta jenama Malaysia itu.
Bagaimanapun, pelakon sensasi itu enggan mempedulikan tohmakan tersebut dan mengatakan walau kaya macam mana pun dia tidak akan meninggalkan kereta berkenaan kerana sudah menganggap kereta itu seperti anaknya sendiri.
BACA: Fara Mendoza Menang Saman Malu Terhadap Zarina Anjoulie
Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju berkata kereta itulah yang bersama dengannya ketika susah susah dahulu dan tidak malu kerana memandu kereta berkenaan. Ujarnya meskipun dia mempunyai kereta lain, namun masih setia dengan proton satrianya.
“Kaya macam mana pun aku takkan tinggalkan satria aku ni. Bila Anju bawa kereta ni orang gelakkan Anju “eee artis bawak satria je,” katanya.
Menerusi entri berkenaan Zarina berkata keretanya itu kini dalam proses untuk dicat semula dan mahu menukar warna.
Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi sikap bersederhana pelakon itu serta tidak menunjuk-nunjuk hartanya.
Netizen juga berkata Zarina sepatutnya dijadikan contoh oleh selebriti lain supaya tidak melupakan asal usul mereka. Kata netizen lagi, tidak kisah kereta apa yang dipandu oleh kita bukan mereka yang ‘mengutuk’ bayarkan dan memberi makan pada kita setiap bulan.