fbpx

Fara Mendoza Menang Saman Malu Terhadap Zarina Anjoulie

Fara Mendoza yang juga seorang pelakon dan model menang saman malu atau fitnah ke atas pelakon Zarina Anjoulie. Memetik Harian Metro, Fara telah menfailkan saman tersebut Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai perkara itu, Fara meluahkan rasa syukur di atas kemenangan yang berpihak kepadanya yang difitnah selepas limat bulan berjuang dan selama itu dia terganggu dengan penyebaran gambar bogel dan tuduhan berat mengugurkan anak.

BACA: Zarina Anjoulie Saman Fitnah Amyza Aznan RM3 Juta

Peguamnya, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan daripada mahkamah kepada Zarina supaya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Fara.

Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya serta beberapa bayaran ganti rugi dengan setiap kos terbabit dibayar pihak Zarina.

Bagaimanapun, jumlah ganti rugi yang dimenangi Fara untuk kes ini tidak didedahkan.

Difahamkan, Fara dilaporkan telah diberi kebenaran oleh pihak mahkamah untuk meluluskan setiap tuntutan selepas tidak dihadiri Zarina dan wakil peguamnya tidak hadir pada kes sebutan yang berlangsung pada 21 Mei lalu.