fbpx

Zarina Anjoulie Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam

Pelakon Zarina Anjoulie muncul di sebuah video memaparkan dia baru menjalani prosedur pembedahan plastik di Vienam.

Menerusi video tersebut, Zarina berkata dia menjalani prosedur bagi membuang benjolan pada bahagian batang hidungnya.

BACA: Zarina Anjoulie Luah Rasa Rindu Pada Nedim, Nora Danish Tiada Masalah Mereka Bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Sementara itu, Zarina berkata dia kini boleh bergambar dari sisi tepi kerana dilihat lebih cantik.

“Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi,”

Sementara itu, Zarina berkata dia melakukan pembedahan tersebut di sebuah klinik di Vietnam dan memerlukan rehat yang cukup.

“Alhamdulillah, hidung saya dah okay dari Vietnam. Proses pembedahan berjalan dengan lancar. Jadi sekarang saya sangat penat dan perlu rehat secukupnya,” katanya.