fbpx

Zarina Anjoulie Bengang Pelanggan Restoran Ibu Selamba Masuk Rumah

Perkongsian pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai meluahkan rasa geram dengan segelintir pelanggan restoran ibunya yang berani masuk ke rumahnya tanpa kebenaran.

Menerusi perkongsian itu, Zarina berkata meskipun sudah beberapa kali memberi nasihat namun mereka seolah-olah tidak faham bahasa.

BACA: Zarina Anjoulie Idam Bawa Watak Ustazah

“Aku tak faham manusia ni dah makan kat kedai mak aku pastu nak jalan-jalan masuk sampai rumah aku. Orang berkemban ni ha kat rumah, kau bawa anak-beranak kau. Believe it or not, ada yang sampai masuk rumah duduk buat macam rumah sendiri,” katanya.

Kata Zarina lagi, dia sudah bercakap secara baik sebanyak empat kali namun mereka enggan untuk beredar sehingga tiada privasi di rumah sendiri.

Perkongsian Zarina itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang berharap pelanggan restoran ibunya supaya menghormati ruang privasi orang lain.

Untuk pengetahuan anda, ibu Zarina iaitu Norzaini Abdul Hamid adalah seorang cef terkenal dan turut memiliki sebuah restoran iaitu Aunty Aini’s Garden Cafe di Nilai, Negeri Sembilan.