fbpx

Zarina Anjoulie Akui Sudah Rujuk Dengan Bekas Suami

Selepas memuat naik gambar menerima jambangan bunga, akhirnya pelakon Zarina Anjoulie mengakui sudah pun rujuk semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar.

Perkara itu dimaklumkan oleh Zarina menerusi Instagram sebentar tadi. Menerusi entri itu, Zarina turut meminta para wanita berhenti menghantar mesej kepada suaminya.

BACA: Dapat Jambangan Bunga, Zarina Anjoulie & Bekas Suami Dah Berbaik?

Sementara itu, menerusi Insta Story, Zarina turut memuat naik video memaparkan suaminya sedang bersamanya membantu menghantar kereta di sebuah bengkel.

Bagaimanapun, kenyataan mengenai rujuk semula sudah pun dipadam selepas beberapa minit dimuat naik ke Instagram.