fbpx

Dapat Jambangan Bunga, Zarina Anjoulie & Bekas Suami Dah Berbaik?

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai apabila menerima satu jambangan bunga daripada seorang yang istimewa yang tidak didedahkan identitinya.

Lebih menjadi perhatian, menerusi entri itu turut disertakan kapsyen ucapan terima kasih daripada Zarina buat individu tersebut.

BACA: Bekas Suami Kembali Pada Kekasih, Zarina Anjoulie Doakan Yang Terbaik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Perkongsian Zarina itu membuatkan rata-rata netizen teruja serta membuat spekulasi bahawa ia pemberian daripada bekas suaminya, Eliyas Azhar atau mesra dipanggil Yas gara-gara kapsyen ‘Y’ yang ditulisnya.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan pelakon itu kembali rujuk dengan bekas suaminya kerana mereka dikatakan serasi bersama dan suka melihat hubungan Yas dan anak tunggalnya Martin.

Terdahulu, rumah tangga Zarina dan Yas hanya bertahan selama 6 bulan sahaja selepas disahkan bercerai Januari lalu.