fbpx

Zara Zya Tak Serik Promosi Iklan Tak Senonoh Di IG

Meskipun sebelum ini pernah dikecam, namun pelakon Zara Zya seakan tidak serik apabila mempromosikan iklan tidak senonoh di Instagram.

Kali ini, Zara mempromosikan iklan produk memantapkan payudara dengan memaparkan seorang wanita berjoget menonjolkan aset seolah menggalakkan wanita dalam simbol seks.

BACA: Zara Zya Menangis Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan

Susulan iklan tersebut, ada peminat menyatakan Zara seakan terdesak dan bertindak unfollow pelakon itu seolah tidak serik melakukan kesalahan tersebut. Malah, ada peminat meluahkan rasa sedih melihat perkongsian tersebut tidak patut di muat naik apatah lagi tidak sesuai untuk budak bawah umur.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo! Zara tidak merasakan review yang dilakukan itu keterlaluan dan masing-masing ada pendapat mereka tersendiri untuk menilai.

“Dari segi pemahaman dan logik akal, saya bukanlah keterlaluan, cuma segelintir rakyat Malaysia terlalu sensitif dan pantang lihat benda-benda sebegitu.

“Tapi terpulanglah kepada diri mereka sendiri nak nilai macam mana. Saya pun tak boleh nak komen banyak atas perkara itu. Masing-masing ada pendapat dan hak peribadi nak komen,” katanya.

Dalam pada itu, Zara berkata dia tiada hak untuk menutup mulut netizen yang berterusan mengecamnya kerana dia pun mencari rezeki.

“Saya tak boleh nak marah mereka. Apa mereka nak selar dan kritik, terpulanglah. Saya terima dan akan cuba perbaiki diri. Saya pun cari rezeki seperti mereka semua. Selagi saya tak dedahkan aurat kepada umum, itu sudah cukup memadai,” katanya.