Zara Zya Menangis Sedih Dituduh Songlap Duit Bantuan
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan apabila ada individu menuduh dirinya menyalahgunakan dana yang dikumpul olehnya buat golongan yang memerlukan.
Zara berkata dia sedih apabila didakwa menipu serta mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain serta ada yang memandang serong dengan dengan kebajikan dilakukannya.
BACA: Zara Zya Bengang Dihentam Kongsi Video Ranjang
View this post on Instagram
“Ada kata saya menipu, bawa lari duit orang dan bukan nak tolong orang..saya sedih sebenarnya. Dari kecil saya suka tolong orang, suka share rezeki dengan orang dan kalau nampak orang susah saya akan tolong.
“Tapi sekarang ni bila saya mengajak lebih ramai orang yang baik-baik untuk membantu orang lain lebih susah, susah sangat ke?” katanya.
Dalam pada itu, Zara berkata laman web khas Malaysia Prihatin yang dilancarkannya itu adalah bagi memudahkan orang ramai menghulurkan pertolongan. Katanya lagi, laman web tersebut tidak perlu diragui kerana ia sah dan segala resit sumbangan juga ada.
“Saya buat laman web www.malaysiaprihatin.com sebab saya dapat feedback negatif bila saya bagi nombor akaun saya tapi katanya duit tak tahu ke mana, tak tahu betul atau tak. Jadi website itu untuk korang menyumbang dan mendapatkan resit. Tapi tetap mengata di belakang.
“Kalau tak tahu cerita tolong jangan cakap buruk pasal orang lain sebab kata-kata itu satu doa. Saya tak tahu apa lagi perlu buat untuk tolong orang lain,” katanya.
memang la kalau kita buat kutipan atas account kita akan ada salah faham. Lagipun susah nk track duit kita atau duit orang.
Kalau kita terguna satu sen pun kena jawab kat akhirat. Lebih baik kita bagi badan yang sah kutip dan kita jadi volunteer je.. senang
betui noni, terang2 cara dah salah xyah lah nangih plak, perbetuikan kekdah nyer
Jgn lah cepat sangat nak kutuk zia zara pasal kutip derma guna akaun peribadi musim covid 19 nie. Dia dari kecik lg memang suka tolong org susah sebab itulah dia gunakan akaun peribadi. Mungkin dalam akaun peribadi dia memang baki kosong. Jadi dia tahulah sumer baki yg ada dlm akaun peribadi dia bukan duit dia. Tambah pula senang kalu nak kuarkan duit pakai debit kad atau wave je. Kalu dia gunakan permulaan ayat ” sejujurnya ” itu lah maknanya dia jujur.
Tuduhan-tuduhan sebegini yg dilemparkan pada artis yg berniat membuat kebaikkan menolong orang susah disalah ertikan jika menunjuk kebaikkan dituduh riak dan takbur dan jika tidak menunjuk kebaikkan dituduh salah guna kutipan derma ramai orang dan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Itu sebabnya kenapa Ustaz Ebit Lew, Neelofa dan ramai artis lain apabila menolong orang akan tetap disebarkan kebaikkan utk kita sama-sama tolong menolong dan juga supaya tidak ada isu berbangkit tentang sumbangan derma ramai orang telah disalah gunakan sedangkan berapa banyak lagi sumbangan yg telah dikeluarkan dari duit mereka sendiri utk menolong org-org susah seperti Ustaz Ebit, Neelofa, Zara dan ramai lagi hanya Allah saja yg tahu.
Drama queen bebenar. xpayah susah2, papar je resit, upload laporan audit pd laman web, hantar surat lawyer kat yg fitnah. Selesai.
Tak perlu drama air mata minta simpati. Cakap air liur xde orang akan percaya, terus upload semua bukti je.
Bila mlibat duit org kena la ada transparency. Ada juga kenalan aku buat mcm ni. Aku x kisah la dh kenal dia dah berpuluh tahun. Tp org lain yg derma kat dia, baru kenal dia mnerusi whatsapp. Be profesional la. Nangis buat apa?