Zara Zya Sedih Dituduh Berniaga Dengan Duit Haram
Sekarang sudah menjadi satu trend dimana semakin ramai selebriti menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun ada cerita yang tak sedap didengar mengenai pelakon Zara Zya yang menerima mesej daripada individu tidak kenali yang menghinanya kerana berniaga.
Zara akui sedih dan kecewa dengan penghinaan yang dilemparkan, malah individu tersebut turut melibatkan keluarganya. Jelasnya lagi, dia juga tidak mengetahui apa salahnya terhadap individu tersebut sehingga diperkatakan sedemikian rupa.
BACA: Zara Zya Nafi Bakal Kahwin Hafreez Adam
“Hina sangat je kalau saya nak meniaga? Tak tahulah kenapa, tapi ayat yang dia tulis itu betul-betul buat saya sedih sangat.
“Saya sedar saya ini bukan hebat sangat meniaga. Tapi apa salah saya? Siap cakap pasal famili saya. Kalau kritikan itu untuk saya saja, saya boleh terima tapi bila sentuh bab famili memang saya sedih sangat,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Zara menegaskan produk kosmetik yang dijualnya itu bukan daripada sumber haram. Zara juga turut mencabar individu tersebut untuk bersemuka dengannya.
“Produk saya tu tak haram. Sampai hati cakap macam tu. Kalau berani, jumpa saya depan-depan la. Apa yang dia sakit hati sangat dengan saya,” katanya.
Bukan mudah bergelar selebriti, ada saja serba tak kena dimata orang ramai. Diharap Zara Zya tabah menghadapi ujian ini dan semoga perniagaan yang diusahakan maju jaya.
- SUMBER
- mStar Online
Tabah la nok…
Hafreez tlglh pinang cepat zara zya.
Mroyan byk dh ni… :)
Semoga success Zara u can do it…ignore the hater
biar la apa org nak kata hng zara .
mcm dia tu baik dn bgus sgt
apa apa kjr yg zara bt biar allah saja yg tahu haram ka tak ke
Zara I can only give an advise ignore the haters.
melampaunya mulut puaka betul. bertabahlah zara zya. jadi artis ni orang perati je semua benda. no privacy at all. tunggu masa je nak dibawang gorengkan.