Zara Zya Menangis 32 Kek Pisang Terpaksa Dibuang
Kini mengusahakan perniagaan menjual kek pisang, baru-baru ini pelakon Zara Zaya meluahkan rasa sedih apabila terpaksa membuang 32 kek pisang gara-gara tersilap bahan.
Menurut Zara, kek itu terpaksa dibuang selepas tersalah memasukkan garam dalam amaun banyak kerana menyangkakan bahan itu adalah tepung serbuk penaik.
BACA: Zara Zya Akui Hati Tak Tenang Sebelum Pakai Tudung
“Menangis saya malam ni..bila garam saya ingatkan bicarbonate soda. Masin semasin-masinnya kek saya malam ini terpaksa buang 32 biji,” tulisnya.
Meskipun keknya tidak menjadi, namun Zara menyifatkan ia merupakan kenangan paling manis sepanjang melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan.
Perkongsian Zara itu mendapat pelbagai reaksi daripada yang turut memberikan tips kepada pelakon itu dengan meletakkan label pada pada setiap bekas untuk mengelak kesilapan sama berulang.
Difahamkan, Zara memanfaatkan masa terluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengusahakan kek pisang yang dijual pada harga RM10 sebiji.
- SUMBER
- mStar Online
Hmmmm penat sgt ke time baking smpai baking powder n garam pun x dpt beza? Baking powder tekstur dia gebu..mcm tepung..garam tekstur dia kasar walapun dah blend..klau tertukar garam n gula aku boleh terima..xpela at least harga kek pisang bkn kayangan n x bantat mcm kek pisang mira ehek ehek
Pulak dah ..sya menangis x dpt pisang
NI MACAM CRITER TIKTOK MAT INDO NANGIS SAMBIL MASAK SEBAB ORDER CANCEL JER…
MACAMMM SAMA JER.. MACAM SAMAAAA JER…
Itula.klu xsure rs la dgn lidah dlu..beza kot grm dgn soda.lg 1 soda tu diletak dlm bks grm ke