fbpx

Zara Zya Akui Hati Tak Tenang Sebelum Pakai Tudung

Mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan gembira selepas berhijarah dengan memakai tudung sejak September lalu, Zara Zya berkata keputusannya itu datang daripada hatinya sendiri.

Menurut Zara, sebelum bertudung hatinya tidak tenang dan selalu ada sahaja masalah. Jelasnya lagi, dia membuat keputusan untuk bertudung bukan untuk berkahwin.

BACA: Tak Kisah Tawaran Berlakon Terjejas, Zara Zya Nekad Berhijab

“Kehidupan selepas penghijrahan ini saya rasa tenang, gembira dan lebih dekat dengan Allah. Sebelum ini, saya selalu terfikir kenapa hati tak tenang ada saja masalah.

“Sekarang Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan dan ia buatkan kehidupan saya lebih gembira. Tapi hijrah yang saya lakukan ini tiada kena mengena dengan nak kahwin. Saya bebrhijab atas kehendak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Zara meluahkan rasa syukur kerana masih menerima banyak tawaran berlakon meskipun penampilannya kini berbeza. Malah, dia gembira kerana penghijrahannya itu mendapat sokongan peminat.

“Alhamdulillah sejak saya berhijab banyak juga saya terima tawaran berlakon. Rezeki saya memang tak pernah putus. Apabila dah berhijrah ramai yang suka. Dapat banyak feedback positif walaupun ada yang cakap sebab saya jual tudung.

“Sebabnya perniagaan tudung itu dah lama saya lakukan ketika saya masih free hair lagi. Cuma saya berehat sekejap dan sekarang saya kembali aktif berniaga tudung semula,” katanya.