Baru-baru ini perkongsian pelakon Zara Zya menjadi bualan ramai apabila memuat naik video mempromosikan produk ‘dewasa’ di Instagram yang tidak sesuai dipertontonkan oleh umum.

Video tersebut disifatkan agar tidak senonoh oleh netizen apabila mamaparkan bibit-bibit intim suami isteri, malah ramai terkejut apabila Zara berkongsikan iklan sedemikian rupa.

BACA: Zara Zya Menangis 32 Kek Pisang Terpaksa Dibuang

 

Kata netizen, meskipun ianya iklan berbayar namun tidak sesuai apatah lagi dengan imejnya yang kini sudah berhijab. Malah, ada yang bimbang jika ianya menjadi tontonan anak-anak kecil.

Tidak kurang juga, ada mempersoalkan adakah pelakon itu sudah tiada job sehingga mengambil untuk mempromosikan produk berkenaan serta menyindir mungkin pembantu peribadi yang memuat naik posting berkenaan.