fbpx

Zara Zya Dah Sedia Jadi Isteri, Bakal Umum Jika Sudah Pasti

Pelakon Zara Zya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi soal peribadi kepada umum selepas beberapa kali hubungan cinta terputus di tengah jalan.

Menurut Zaya, dia kini sudah bersedia untuk menjadi isteri namun akan berkongsikan berita gembira itu apabila tiba waktunya nanti.

BACA: Zara Zya Mahu Lelaki Berkerjaya, Boleh Tampung Dirinya Sampai Tua

“Apa yang saya boleh kata, selagi saya belum berkahwin, orang akan tertanya siapa kekasish saya, apatah lagi apabila saya terlalu berahsia sekarang ini.

“Saya sudah bersedia untuk berkahwin tapi hanya akan berkongsi jika sudah pasti. Sebab sebelum ini orang pun tahu apa yang saya lalui, jadi saya tak mahu perkara yang sama berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Zara turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya. Ujarnya, dia tidak akan sorok hal kahwin daripada peminat.

Terdahulu, Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan Hafreez Adam pada Oktober 2019 namun hubungan mereka hanya bertahan sebulan sahaja.