fbpx

Zamani Slam Rindu Berpuasa Di Rumah Pengasih

Selepas lama menghabiskan masa di Rumah Pengasih tahun lalu, Zamani Slam akui kadang kala beliau merindui kemeriahan menyambut bulan Ramadhan ketika mendapatkan rawatan pemulihan dadah disitu. Kerinduan itu bertambah apabila mengenangkan saat-saat penghuni pusat itu bersama-sama berbuka puasa, terawikh dan melakukan aktiviti keagamaan.

BACA: Zamani Slam Akui Rancang Tamatkan Zaman Bujang

“Sudah lama saya tidak merasai keindahan dan kemeriahan Ramadan dalam erti sebenarnya dan pengalaman menyambut bulan puasa di pusat pengasih banyak memberi saya kenangan manis. Malah ketika disana, kami banyak melakukan semua aktiviti yang diaturkan bersama-sama dan sekaligus tidak pernah meninggalkan solat berjemaah serta sola sunat terawih.

“Apabila saya sudah keluar dari sana, sambutan Ramadan tahun ini membuatkan saya terkenang suasana di Rumah Pengasih. Jujurnya saya belum sempat melakukan solat terawih di masjid tetapi akan cuba mencari peluang untuk berbuat demikian,” katanya kepada m Star Online mengenai suasana Ramadhan pada tahun ini yang memberi kelainan pada dirinya.

Selain itu, beliau turut meluahkan rasa syukur kerana merasakan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya dan ini kerana pengalaman di Rumah Pengasih banyak mendisplinkan beliau. Malah pada masa yang sama, Zamani turut merancang untuk meluangkan masa bersama penghuni disana dalam sebuah majlis berbuka pusa dalam masa terdekat ini. (rkty/w)