Zamani Slam Tunjuk Perkembangan Positif, Naik 9KG Selepas Proses Pemulihan
Tahniah kami ucapkan kepada Zamani Slam yang kini sedang menjalani rawatan dengan jayanya di sebuah pusat pemulihan di ibu negara malah lebih menarik lagi, penyanyi ini juga dikatakan sudah bertambah berat badannya, bukan sekilo dua tetapi 9 kilogram.
BACA: Zamani Slam Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah
Peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, peningkatan tersebut menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kesihatan penyanyi itu selepas menjalani proses pemulihan sejak akhir Januari lalu. Difahamkan, Zamani akan berada lima bulan lagi berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat.
“Alhamdulillah, dia menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan kenaikan berat badan sebanyak sembilan kilogram iaitu daripada 45 kilogram kepada 54 kilogram dalam masa sebulan di pusat pemulihan itu.
“Namun ia masih di peringkat awal pemulihan, kami sedang berusaha untuk membantu dia untuk pulih sepenuhnya dan kembali kepada masyarakat dengan imej baru,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas sebutan kes dadah penyanyi tersebut di Mahkamah Majistret Ampang, Isnin lalu.
“Tugas dan tanggungjawab saya lebih berat kerana masyarakat tidak mahu dia dihukum, sebaliknya masyarakat mahu melihat dia pulih seperti manusia normal lain. Oleh itu, apa yang penting adalah melihat peningkatan kesihatan dia supaya bebas terus dari najis dadah itu,” ujar peguamnya lagi.
Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa menetapkan 10 April depan bagi sebutan semula kes terhadap dua pertuduhan terhadap Zamani kerana memiliki dan mengambil dadah. (rtky/syfq)
seluruh negara mendoakan kesihatan zamani bertambah baik dan terus tinggalkan najis dadah buat selamanya. Minda perlu postif. Katakan ‘saya boleh jauh diri dari dadah,’ mesti boleh. Hati berbisik ‘aku nak sihat, aku nak normal, tak mahu dadah, dadah membunuh, dadah jijik’. insyallah pulih.
Ohh semua komen2 positif..tahniah
*tepuk tangan gembira*
berita baik. alhamdullilah. doakan terbaik untuknya. semoga mendapat hidayah.
mcm john lennon pla tgk
Tinggalkan lah benda2 haram yg tak mendatangkan hasil tu. Kembali ke masyarakat. Gunakan bakat yg dianugerahkan Nya sebaik mungkin. Hidup ini hanya sementara. Rindu dgn lagu2 kumpulan Slam.
Pusah Pengasih dekat PWTC tu ke wei?
Bagus la bro. Happy for him.
lepas ni, tinggalkan kawan2 yg merosakkan. pengaruh kawan22 amat bahaya. sebab tu kita digalakan mencari kawan2 yg tidak memesongkan kita. dah lagi, buatlah kerja2 amal dan rajin2 dekatkan diri dengan Allah….
betul tu..tinggalkn kwn2 @ org yg pernah bawa Zamani ke alam dadah ni..Bukanlah lupekan terus…cume jauhi & jgn bergaul lg..xkira la org tu rapat macamana sekalipun..yg penting..Fans xnak berualnag lg ….fokus pada hargai diri & hargai peluang yg ALLAH bg ni..
All the best bro!!! Pada yg lelain (penagih yg nk pulih) tu hrap dpt skongan jg dr org2 tdekat(rmai tol penagih dlm msia ni weh). Byk lg benda blh bt selain stone’ 24jam. Klau x syg nyawa sgt g perang lwn musuh islam sana. X Pun keje kt zoo jage buaya ke pak belang ke. Pastikn mereka mOntel mkn cukup. Baru sronok nk tngok. Sekian.
Moga cepat pulih…semoga berjaya!
Alhamdulillah.. Keep it up Zamani. Semoga trus pulih dan lepas tu buat comeback ye. Zamani masih ramai peminat setia yg menyokong karier seni anda seperti sy. :)
Lepas ni bole masok gegar vaganza 2015
Semoga kembali sihat seperti sedia kalam..kamu boleh abg zamani…kami doakn terbaik..kembalikan zaman kegemilangan lalu…
Terharu..semoga cepat sembuh…
Baguslah. tapi INGAT bila keluar nanti jangan berkawan balik dgn member2 dadah dulu
Ingat yg kat depan 2 Zamani :) Tekezut i :D btw,keep it up Zamani..we love u..!!!
Alhamdulillah. . .brsyukur dgr brita neh. . .kami smua sygkan abg. .
Ye..terharu..dengan izin Allah semoga zamani cepat semboh..aamiinnn :)
Gud luck bro..zamani …one of favourite singer nih..
Gdluck abg zamani..????,mesti boleh punya..
Sambil menjalani pemulihan carilah ilham utk mencipta lagu baru ?
Saya juga adalah diantara ribuan peminat yg benar2 ikhlas mengharapkan Zamani kembali sihat dan jalani kehidupan yg diberkati.
yup,,cipta lagu best dan ummphh,,suka ngn lagu2 zamani,,sbb dia nyanyi penuh keikhlasan,,leh nmpak dan rasa !
Keep it up Zamani. You have a voice & that’s your asset, that’s your future.
wauuuu, dah berisi. tahniah zamani……muka pun nampak comel..dah x kering lagi.
yep…x lama lg handsome la zamani..brat badan pun bertambah..harap dia x berkawan la ngn kawan yg merosakkan dia ngn dadah .sayang…sbb dia artis yg ada suara,rupa dan berbakat..
Jgn menoleh kebelakang lgi bro.ribuan peminat masih setia menanti aura suara lu..gunakan anugerah yg allah bagi sebaik mungkin.kembalikan kegemilangan zamani yg dulu..we all support you zamani
happy jer baca comment2 kat sini..semua doa yg baik2..takde ckp kasar2..kan bagus macam ni..semoga zamani pulih sepenuhnya dan kembalikan zaman kegemilangan slam dulu2..
artis yg x busuk hati,kita komen yg baik la…artis yg prangai x semenggah , harus la komen mcm tu jgak…
Alhamdullillah, moga abg zamani bole berubah ke arah yg lebih baik lg.. amin..
setuju dengan chacha kembong
ALHAMDULILLAH..1st time tgk muka abg berisi..sllu tgk tulang pipi abg je..kalau abg da bca komen2 peminat abg,abg akn tau btapa abg dsayangi n diingati oleh ramai orang..jd jgn pernah merasa trsisih atau tidak dhargai..semoga kebahagiaan dan ketenangan mnjadi milik abg..saya doakan yg trbaik buat abg dan smua pembaca blog ni..Aamiin..
Tahniah kepada pengomen2..semua komen positif dan komen yg baik2.tiada kata2 kesat,hina,mencarut,..(setakat yg aku baca la).mcm ni baru best..
Kan bagus cenggini. U look good, mr zamani.teruskan usaha menjauhi dadah.
Syukur Alhamdulillah..Tuhan telah memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada Zamani..brg yang lepas jgn dikenang..tinggalkn terus..moga Zamani sentiasa berada dlm lindungan Allah taala..aamiin
http://myinvitepay.com/?ref=245110
Zamani Boleh! Semoga Allah bersama mu.
Woowww hensem bro..goodluck for you abg zamani,..
Cumel nya berisi