fbpx

Zamani Slam Lebih Tenang & Akui Perlu Lawan Nafsu Dadah

Setelah menjalani pemulihan selama tiga bulan, Zamani Slam sendiri menyatakan bahawa dirinya kini sudah semakin sihat dan berasa lebih tenang dan dalam masa yang sama turut mengakui perlu berlawan dengan dirinya sendiri untuk menjauhi najis dadah.

BACA: Zamani Slam Lebih Tenang, Akui Perlu Lawan Nafsu Dadah

“Dari segi pemulihan dadah, saya semakin sihat. Alhamdulillah tetapi saya sekarang mengalami sakit tulang belakang bengkok. Penyakit itu memang sudah lama saya hidapi, tetapi apa yang penting sekarang minda saya tenang dan lapang, itu yang paling saya bersyukur,”

“Perubahan yang paling ketara saya alami sepanjang berada di sini ialah dalaman diri saya iaitu kerohanian di mana saya perlu berjuang melawan diri sendiri (melawan nafsu dadah) dan saya berazam untuk berubah,” katanya pada mStar Online.

Zamani yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan Persatuan Pengasih Malaysia di Jalan Syers, turut menyatakan program pemulihan tersebut menjadikannya lebih positif dari segi mental dan fizikal. (rtky/s)