Zamani Slam Didakwa Larikan Diri Dari Pusat Pemulihan Semalam
Menerusi laporan daripada BH Online, vokalis kumpulan Slam, Zamani, didakwa telah melarikan diri daripada rumah pemulihan, PENGASIH malam tadi dengan menaiki sebuah kereta bersama individu tidak dikenali.
BACA: Zamani Azan & Solat Dengan Penghuni Pengasih Lain
Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd, berkata penyanyi itu dikesan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada jam 10.26 malam tadi.
“Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, Yunus berkata, laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu.
Sementara itu, sumber terdekat Zamani menjelaskan isu melarikan diri tidak timbul kerana tiada perintah mahkamah untuk menempatkan beliau di pusat rawatan berkenaan.
Sebelum ini, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu. Zamani turut diperintahkan menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
UPDATE-1: Melalui laporan BH Online, pengurus Zamani, Johan Aziz menjelaskan bahawa tempoh rawatan Zamani selama enam bulan di pusat pemulihan tersebut telah tamat. Selain menyatakan bagi pihak Zamani bahawa penyanyi tersebut ingin kembali aktif di dalam bidang seni. (rtky/s)
Dia buat perangai balik dah!!!!
susahlah nak berubah 100% kalau sudah terjebak dgn benda haram tu….!
syg la ko ni zamani!!! suara best sgt..merdu..mdayu2 klu kon nyanyi.tp apasal la ko ni main taik dadah tu?? patut la ko ni kurus kering jer.masa dpn ko dlm industri ni cerah..ko ramai peminat tp syg…..ko dh mrosakn masa depan ko sdiri.cuba tgok dato jamal abdillah…kn bagus ko jd mcm dia…klu dia boleh tinggalkn najis dadah tu,knp ko tidakk plk…semua dri ko sdiri….
lps ni xde dah lah peluang ke-3!!
KESIAN DIA… MENJADI MANGSA NAJIS DADAH.. TERUS TERSANGKUT JADI HAMBA DADAH..
MUNGKIN BARU2 JADI ARTIS DARAH GEMURUH NAK NAIK STAGE.. ASYIK GEMURUH SAMPAU PERUT SEBU… GASTRIC… TU YG ADA RECO DIA DADAH JADI DIA RASA SEDAP AND STEAM BILA NAIK STAGE UTK HILANGKAN RAGAM GEMURUH..
AKHIRNYER DIA TERJEBAK PENYAKIT NAJIS DADAH PULAK..
Dia elok je berselfie kt luar tu dgn fan kt kdai kopi… dia dh mnx izin nk kuar dr sana tp diorg x kasi.. mayb dia lari la skjp.. nnt blk la tu… pndai2 la dia.. harap dia x terjebak blk dgn ddh sdh..
Dah gian sgt ke??
dia keluar nak join gegar vaganza kot.. :)
Dia ada show…baru masyuk….Dr duduk terperap.
dia bukan lari,
kalau tempat tu penjara ok la lari.
atau dia menyelinap keluar dari pintu belakang ke..ok la..
dia keluar depan,kereta tu pun masuk dalam kawasan.
saje je lah, pengetua tu nak buat cerita,
sepatutnya, pengetua PENGASIH tu, tak payah la bagi statement kata zamani tu lari, mcm menjatuhkan maruah dia aje.
moga bahgia…