Zamani Slam Akui Tiada Unsur Paksaan Ketika Rakaman Video
Bercakap kepada media buat pertama kalinya selepas penahanan beliau Rabu lalu, Zamani Slam mengakui yang tidak wujud unsur paksaan ketika anggota polis merakamkan beliau menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang ketika masih dalam tahanan.
Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata beliau menyanyi dengan kerelaan hati selepas anggota polis terbabit memberitahu mereka adalah peminat Slam.
BACA: Zamani Slam Sudah Maafkan Perakam Video, Tidak Mahu Ambil Tindakan
“Saya tidak dipaksa atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam. Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal sahaja,” ujarnya seperti dilaporkan mStar Online.
Zamani juga mengakui silap tidak periksa semula video yang dirakamkan dan berasa malu selepas mengetahui keadaan beliau dalam video ditonton oleh semua masyarakat.
“Perkara itu sudah berlaku dan dia tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang. Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” jelasnya apabila ditanya tentang tindakan undang undang.
Dua Anggota Polis Digantung Tugas, Siasatan Masih Berjalan
Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas berkuatkuasa serta merta.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit tapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. (rtky/m)
SUMBER: mStar Online / HLIVE! / Melodi TV3
xpelah kami tetap doakan yg terbaik utk zamani
Saya doakan supaya anak2 melayu kita x kira apa pekerjaan dan taraf utk kembali dan tinggalkan najis ini yg tak mendatangkan hasil. Lebih baik bersedekah drp beli dadah. Bila bersedekah, ganjaran dunia dan akhirat bertambah. Rezeki pun murah..amin!
Yg paling sedih, xde ke org nk bawak dia berubat. Mana Zed Zaidi sume tu???? Mana rakan2 yg kononnya seperjuangan? Walk the talk!
Udoh ler, pergi lah buat rehab! Dah terok benor ghupernye.
Zaman sekarang senang je, kalau nk tahu penyanyi tu sedut ke tak, bila naik pentas nyayu mesti spek hitam. Pastu berpeloh cam Whitney Houston …
Patutnya JAWI lah yg dahulu pergi hulur kaunselling ke…bukan keluar waran tangkap minah tudong gesel tetek atas stage! Bantu la dia….barulah Malaysia negara Islam.
Malaysia is a fucked up country!
Asyik nk hukum je kerja. Punishment society sangat. Sikap rakyat terpuji tak nk kasi awards. Macam mana kafir nk masuk islam kalu org2 kt atas asyik dok nak denda tangkap jee kerjanya….????
Dalam keadaan mcmni pun zamani msh memikirkn periuk nasi org…. respect!
berhenti la ambik najis tuu.dah mcm michael jackson dah aku tengok
Doakn semoga Zamani brusaha brhnti mngmbil najis dadah..
Syg…suaranye..anugerah Allah trhbt..
SeSungguh pun u seorang ambil dadah tetapi hati u mulia dari org yg waras dan tk ambil dadah…saya doa kan yg terbaik untuk zamani…
Lebih senang nk ubati penagih drp mengubati penyakit hati busuk dan hasad dengki orang2 melayu kita…renungkan! Sesungguhnya memang kita tahu apa punca menagih. Penyakit hati…tiada ubat yg mampu dibeli dan rawat…yg bernanah didalam rohani…
Nasik dah jadi bubur. Pergilah dapatkan rawatan…cara islam ke…aper ke? Rugi bakat seni. Tak perlu hiburkan polis. Hiburkan rakyat, bro!
Doakan terbaik, news ni dah tersebar sampai Spore dah wei. Enough, bawak dia gi Pengasih…Pergi cuci. Dah jauh sgt perginya!
Xyah le nak salah dan kutuk anggota polis..
klu polis x tangkap dan tahan dlm lokap sampai skrg le Si zamani tu gunakan dadah..
Ada baiknyerr polis tahan dia…
skrg terpulang pd Zamani sendiri ingin berubah atau sblknyerr..
Bukan kutuk semua polis. Cuma kutuk polis yg menyalah guna kuasa yg melanggar etika. Takkan kot x paham bro?
Saya berdoa semoga Zamani nekad utk tinggalkan najis dadah. Saya peminat tegar Zamani dan Slam…masih teringat konsert unplugged Slam sewaktu Malaysia bergelap…mmg real unplugged. Suara Zamani anugerah dari Ilahi…berubahlah untuk diri sendiri dan keluarga tersayang…
pergi pengasih….brubt.insyalah ok tu nt.pling x,xdelh dia wt jnyah ke ape.same2 doakan dye k
perlu ke nk rakam video dia nyanyi then upload bg org sume tgok?? ke 2 cra utk nk malukn dia ?! bodoh je klu pon minat sangatt kt dia xpyh la upload vdeo 2! motif ko nk org lg kutuk Zamani or simpati kt dia ?? pepun aq hrp pasni zamani brubah n x amek lgi ”NAJIS” 2 .
kagum tul aku dgn skp zamani. .walau dia dh diaibkan seklipn,dia msh lg pk periuk ns org..semga ada sinar yg trg utk zamani
So polis tu macam mana di tutup muka tak didedahkan. So tak de la pengajaran. Macam Zamani gak la ya dia tetap salah guna dadah. Dan polis yang upload tu tetap salah aibkan pesalah. So polis jangan tak adil ye. Ya Zamani dah maafkan tapi undang undang kena adil dan saksama. Tunjuk muka polis tu…. baru adil.
Yela tu…entah2 masing2 nk cover …yang ni tolong y tu,y tu tolong plak y ni…..y tu ikat jamin,y ni da kua tolong nafikan benda tu,then selesai cerita….huhu
baik betul hati bro Zamani ni
Perlu wujudkan akta yg membenarkn wajah pesalah yg sudah dibuktikan bersalah dipamer oleh media sebagai salah satu bentuk pengajaran atau teladan tanpa mengira bangsa agama pangkat atau kedudukan.
Ak rs polis tu tak salah..ni mesti kerja bini/laki/awek/bf/org ketiga yg mmg mat/minah kepoh.mntak kt polis tu kononnya nk tgk n jnji xbg kt org lain..bila xbgi buat muka seposen..last2 dh bagi…skg ni polis tu gk yg kna tggung akibat..
Masa dulu org petikai knapa kurus sgt dijawabnya ada kencing manis…penagih dadah rupanya..cisss
Aku memang minat zamani ni dari kecik. Dan sebenarnya sangat kecewa sebab dia jadi sampai macam ni. Cuma aku pun tak da la nak salahkan polis tu. benda jadi pun sebab memang polis tu minat slam. Dia record lepas tu tunjuk dekat bini dia. Bini dia agaknya over excited pergi pulak upload kat FB. tak pasal2 jadi viral. Apa2 pun aku harap zamani kembali sihat macam dulu. we miss your healthy years zamani! jangan sia2 kan bakat yang ada