fbpx

Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Isteri Ucap Terima Kasih Doa Peminat

Penyanyi Zamani selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri kepada penyanyi itu, Nur Juliana yang meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih di atas doa peminat menerusi perkongsian di Instagram petang tadi.

BACA: Isteri Dakwa Zamani Tak Dapat Bayaran, Penganjur Kata Untung Konsert Hanya RM4,635

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya.

Sebelum ini, penyanyi berusia 51 tahun itu memaklumkan sudah melakukan persiapan termasuk mengikut saranan doktor seperti mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

Difahamkan, Zamani memerlukan rehat sehingga tempoh tiga bulan untuk menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada kekuatan antibodinya.

“Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.

“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi,” kata Zamani.