fbpx

Zamani Sah Bergelar Suami Kepada Nur Juliana

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Zamani dan juga pilihan hati, Nur Juliana telah selamat bernikah malam tadi dalam sebuah majlis tertutup di Ampang, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian Instagram Zamani Ibrahim Music Entertainment (Zime), Zamani memohon maaf dan menjelaskan majlis diadakan secara tertutup atas pemintaan keluarga.

BACA: Zamani Mahu Bawa Bakal Isteri Tunaikan Umrah

“Syukur Alhamdulillah. Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019.

“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kpd semua pihak yg menolong menjayakan Majlis ini secara langsung atau tidak.

“Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Zamani memberitahu majlis resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Difahamkan, Zamani dan Juliana sudah berkawan hampir 14 tahun dan bakal menunaikan ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.