fbpx

Zamani Dibenar Pulang Ke Rumah, Badan Kembali Tegak Selepas Pembedahan

Selepas tiga hari menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada Isnin lalu, penyanyi Zamani dibenarkan keluar hospital petang ini.

Memetik BH Online, perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Nur Juliana Abd Rani yang turut berkongsikan keadaan kesihatan suaminya bertambah baik. 

BACA: Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Isteri Ucap Terima Kasih Doa Peminat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Zamani dibenarkan keluar hospital petang ini. Saya dan Zamani ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada doktor, team operation dan semua kakitangan Sunway Medical Centre Velocity serta kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang beliau menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), semua peminat-peminat, pihak media dan para penyumbang dana untuk Zamani. Segala budi baik dan doa anda semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Juliana turut berkongsikan video perkembangan terbaru suaminya dilihat berjalan di hospital.

Sebelum ini, Juliana memaklumkan, Zamani dalam keadaan baik selepas 48 jam menjalani pembedahan dan sedang berada dalam pemantauan pihak hospital.

Juliana berkata, Zamani dinasihatkan doktor supaya berehat lebih lama bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dengan cepat.