fbpx

“Zaman Fattah Amin Pelakon Kayu Dah Jadi Sejarah”

Sebelum ini pernah digelar pelakon kayu, namun kini ramai yang memuji lakonan Fattah Amin yang dilihat semakin hebat sehingga berjaya menyentuh hati para penonton.

Lakonan Fattah menerusi drama Cetera Hati Diya yang kini disiarkan di TV3 ternyata mendapat pujian ramai dan ada yang berpendapat zaman Fatah Amin ‘pelakon kayu’ sudah menjadi sejarah.

BACA: Fattah & Fazura Tak Hadir AME 2019, Tak Hargai Peminat

https://www.instagram.com/p/BzZ6Wmpl-Lo/?utm_source=ig_embed

Malah ada netizen mengatakan mereka bukanlah peminat Fattah Amin, namun selepas menonton drama itu ternyata Fattah berjaya menjiwai watak tersebut.

Tidak kurang juga ada yang memberikan komen lakonan Fattah membuatkan mereka menitiskan air mata dan Fattah sememangnya pelakon yang tepat membawakan watak berkenaan.

Nampaknya gelaran ‘pelakon kayu’ yang diberikan ternyata tidak mematahkan semangat suami kepada Fazura ini dan semoga Fattah Amin terus bersinar di dalam industri hiburan tanah air.