Melalui ruangan Cik Pang keluaran Metro Ahad hari ini, khabarnya pelakon Zalif Sidek sudah pun menghantar rombongan merisik bakal isteri yang juga merupakan orang kelahiran negeri sama dengan Zalif iaitu Terengganu.
BACA: Zalif Sidek Bakal Nikah Gadis Sekampung
Melalui sumber daripada Cik Pang itu, khabarnya bakal isteri Zalif merupakan seroang anak tauke pasir dari Terengganu dan mereka telah mula berkenalan semenjak menghadiri beberapa acara di sana. Timbul bibit cinta kemudiannya, Zalif terus melamar Nadhirah Nawi dan berjumpa dengan keluarganya.
Zalif berjumpa keluarga Nadhirah adalah untuk menyatakan hasratnya untuk menjadikan wanita tersebut sebagai teman hidupnya yang sah. Sebelum ini, Zalif pernah menyuarakan impian untuk berkahwin sebelum umur 30 tahun namun segala hubungan yang pernah terjalin tidak menjadi dan terputus di tengah jalan.
Jika benar apa yang dikhabarkan, semoga setiap perancangan Zalif dalam membina keluarga baru akan berjalan lancar. Peminat pun tidak sabar untuk melihat pelakon comel ini bersanding. (rtky/s)