Sejak Selasa lalu hangat diperkatakan mengenai isu terpalit pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta yang didakwa gagal membayar pinjaman lebih RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Sementara itu, seorang individu yang pernah bekerja rapat dengan Che Ta mendedahkan pelakon itu tidak pernah berhutang ketika mendapatkan khidmat solekan.
BACA: “Jangan Buka Aib Orang, Kelak Aib Sendiri Bertaburan” – Che Ta
Sementara itu, individu berkenaan mengatakan Che Ta akan membayar hutang sekiranya ada berbuat demikian.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut meminta netizen tidak terus mengecam pelakon itu yang sedang mencari rezeki dengan menjual pakaian terpakai.