Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isu hutang RM1 juta terpalit pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.
Bagaimanapun, setakat ini Che Ta masih lagi mengunci mulut mengenai isu berkenaan dan dilihat memiat naik semula perkongsian pengguna media sosiaal berkenaann membuka aib orang.
BACA: Gagal Bayar Pinjaman Sejak 2017, MARA Fail Bankrap Terhadap Che Ta, Anak Sulung
“Jangan dibuka aib orang, kelak aib sendiri bertaburan. Jangan jadi duri dalam daging. Kau fitnah orang. Kau sebar aib orang. Kau cerita buruk pasal orang. Siap tokok tambah lagi. Kau dapat apa, seronok?
“Sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak nak jahit pulak. Jangan cari masalah kalau hati tak kental. Tak payah sibuk cara hidup orang lain. Lebih baik sibuk hal diri sendiri…” menurut perkongsian itu.
Dalam pada itu, Che Ta turut memuat naik semula Insta Story adik-beradiknya iaitu Ruby Che Wan dan Ayu Raudhah mengenai ujian pada orang yang hebat.
“Orang yang hebat itu, ujian hidupnya hebat juga. Kalau tak percaya cuba tanyakan orang di sekitar kita yang kita rasa dia hebat saat ini.
“Tanyakan saja apa yang dia sudah perjuangkan, bagaimana dia menjalani hidup, apa yang sudah di korbankan, seberapa berat mempertahankan segala yang dia miliki dan apa yang Allah ambil dari dia. “Hanya dia dan Allah saja yang tahu,” tulis perkongsian itu.
Selasa lalu, rumah Che Ta yang terletak di Damansara diserbu Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
SUMBER: Harian Metro