fbpx

Zain Saidin Idamkan Majlis Perkahwinan Sempurna Buat Rozita Che Wan

Untuk berkahwin denga Rozita Che Wan adalah keputusan yang paling mencabar bagi Zain Zaidin apatah lagi, bakal isterinya itu sangat dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Sebagai seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga, Zain Saidin yang kini sibuk bekerja keras demi memastikan perkahwinannya kelak menjadi yang terbaik dan mampu memberi keselesaan kepada tetamu yang hadir.

Beliau turut memberitahu doanya ketika berada di Palestin untuk dimurahkan rezeki termakbul dan masanya kena kerana sekarang Zain memang bekerja untuk mengumpul duit bagi merealisasikan perkahwinan impian mereka berdua.

Zain turut memberitahu jika dahulu diri sendiri menjadi keutamaan kini duit simpanan untuk majlis perkahwinan kelak lebih penting dan dia masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka nanti.

“Saya hanya melunaskan bayaran dan perbelanjaan yang dianggap keperluan penting saja seperti bayaran ansuran rumah dan duit kepada emak. untuk berbelanja besar seperti dahulu sudah lama saya lupakan,” tambahnya lagi.