fbpx

Zain Saidin Bakal Beraya Di Alor Setar Bersama Keluarga Rozita Che Wan

Pasangan dua sejoli yang kini menanti detik untuk disatukan, Zain Saidin teruja untuk beraya di kampung halaman Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta di Alor Setar, Kedah.

Zain Saidin yang hanya beraya di Gombak memberitahu ada perancangan untuk pergi beraya di sana.

“Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana, namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu pertama hari raya nanti,” kata Zain Saidin.

Mengambil cuti selama empat hari, Che Ta akan mengenakan baju raya bewarna Tiffany Blue dan tidak merancang untuk sedondon bersama kekasihnya itu.

“Saya tak rancang untuk pakai baju sama dengan Zain. Tunggu kahwinlah baru sedondon,” ujar Rozita Che Wan sebelum mengakhiri perbualan.

Zain Saidin Pilih Warna Biru, Putih Sebagai Tema dan Ingin Konsep Kahwin Dalam Taman

Pelakon Kacak, Oh My English! Zain Saidin telah berkongsi kepada pihak media bahawa dia menginginkan sebuah perkahwinan yang berkonsepkan taman ala inggeris dan memilih biru dan putih sebagai warna tema untuk perkahwinannya dengan aktres seksi Rozita Che Wan.

“Untuk perkahwinan saya kali ini saya lebih suka memilih warna putih dan biru sebagai tema, manakala untuk konsep perkahwinan saya pula, saya lebih tertarik untuk mengetengahkan perkahwinan ‘outdoor’ tetapi maklumlah cuaca kadangkalanya tidaklah begitu baik dan ini akan menjejaskan hari persandingan yang kelak. Walaubagaimanapun, saya memang suka untuk membuat satu tema perkahwinan dalam taman, kerana ia begitu unik dan sempoi. Apapun saya kena menunggu pihak perempuan kerana merekalah yang menguruskan persiapan untuk perkahwinan saya ini dan terpulanglah pada meraka apa yang mereka mahukan, dan saya hanya mengikuti apa yang terbaik buat kami berdua,”katanya ramah.

Sehubungan dengan itu, apabila disoal mengenai tarikh keramat bilakah berlangsungnya perkahwinan mereka Zain seolah-olah masih berteka-teki lagi mengenai tarikh pernikahan itu, dan dia memberitahu bahawa belum tiba masanya lagi untuk dimumkan kepada peminat-peminatnya.

“Sebenarnya kami masih lagi mencari tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini, tetapi masih belum boleh diperjelaskan dan dipersetujui lagi kerana banyak perkara yang belum diselesaikan lagi dengan persiapan perkahwinan dan sebagainya. InsyaAllah saya akan berkahwin pada tahun ini, dan jangan risau saya akan memberitahu tarikh itu kemudian,”katanya.