Zahiril Adzim Akan Berguru Dengan Ayah Untuk Filem Pekak
Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan bahawa dia bakal berguru dengan ayahnya yang merupakan seorang guru di sekolah pendidikan khas bagi menjayakan watak dalam filem terbarunya yang berjudul Pekak terbitan Grand Brilliance dan arahan pengarah baru, Khairul Azri.
“Sebelum saya menjalani penggambaran sudah semestinya saya akan tengok sedikit karakter Pekak itu bagaimana cara mereka hidup dan berinteraksi dengan masyarakat. Selain itu, saya juga akan meminta bantuan dan belajar bersama ayah untuk menyelami karakter sebagai OKU (pekak) memandangkan ayah saya seorang guru di sekolah pendidikan khas,” katanya.
Dia turut memberitahu bahawa jalan cerita filem ini amat berbeza sekali kerana sebagai seorang hero dia terpaksa untuk melakonkan watak sebagai seorang yang pekak dan ini membuatkan filem ini berbeza dari filem yang pernah dilakonnya sebelum ini.
“Filem kali ini agak mencabar dan wataknya juga agak berat kerana sepanjang filem ini saya tidak ada dialog dan ini agak sukar tetapi saya akan cuba untuk memberikan persembahan yang terbaik. Lagi pun jalan cerita ini agak berbeza kerana selalunya sebagai seorang OKU karakternya akan menjadi seorang yang baik tetapi dalam filem ini agak berbeza sedikit watak dan peranannya itu,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)
Teringat Etsushi Toyokawa yang membawa watak seorang pelukis pekak dalam j-dorama bertajuk “Tell Me that You Love Me”. Demi menjayakan watak tersebut, Etsushi mempelajari bahasa isyarat selama setahun dan watak tersebut amat berjaya dibawakan. Harapnya Zahiril akan membawa watak yang digalas dgn berkesan. All the best.
Finally… Komen yang membina daripada seorang yg sudah tentunya terpelajar.
I watched that movie too but i didnt know the fact that Etsushi studied the character for a year. All the best to you too Zahiril. Minat tengok u berlakon
kdg2 tgk dia blakon watak budak2 x sesuai…coz muke serius heheheheheheh
x sabar nk tgok citer ni…