fbpx

Amerul Affendi Kena ‘Reject’ Stesen TV Sebab Instagram Sendu

Dikenali ramai sebagai pelakon berbakat, berilah apa sahaja watak kepadanya pasti pelakon Amerul Affendi mampu membawanya dengan baik. Bagaimanapun, kelibatnya jarang dilihat dalam mana-mana drama di televisyen.

Menerusi perkongsian di Twitter, Amerul menyedari pihak stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi Instagram tidak mencecah lebih 500,000 pengikut dan lama lagi untuk dirinya muncul di kaca televisyen.

Dalam entri itu, Amerul turut meminta pendapat netizen tentang apa yang harus dilakukannya. Katanya lagi, dia tidak mahu menggunakan jalan pintas dengan membeli ‘followers’ di Instagram kerana ianya tindakan yang salah.

Perkongsian Amerul itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memang sudah sedia maklum mengenai kehadiran Amerul di bidang lakonan industri tempatan.

Malah, peminat yang menghargai bakat lakonan Amerul tampil memberikan semangat malah turut mendapat perhatian rakan-rakan artis iaitu Bront Palarae dan Sharifah Amani.

Sebelum ini, Amerul pernah meluahkan kekecewaan apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen TV kerana tidak mempunyai kriteria yang dikehendaki.

Untuk rekod, Amerul Affendi pernah mencipta kejayaan di Anugerrah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2019 apabila dinobatkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Crossroads : One Two Jaga.