Pelakon Zahirah MacWilson tampil memohon maaf susulan hantarannya mengenai perayaan Krismas, Ester dan Halloween yang menimbulkan salah faham.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Zahirah berkata hantaran tersebut telah dipadam tidak lama selepas ianya dimuat naik.
BACA: Zahirah MacWilson Terpaksa Tolak Beberapa Tawaran Lepas Berhijab

Menurut Zahirah lagi, dia tiada niat menyakiti menyakiti kepercayaan sesiapa dan dia masih dalam proses belajar serta memahami agama.
Zahirah menjelaskan bahawa niat asalnya hanyalah untuk berkongsi persoalan peribadi dan bukannya untuk menghina mana-mana pihak. Dalam pada itu, Zahirah berkata Islam mengajarnya untuk berlaku adil, baik dan tidak menghina orang lain.
