fbpx

Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Pilih Tak Layan Isu Fathia Latiff

Meskipun pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pelakon sensasi, Fathia Latiff, pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim memilih untuk tidak melayan.

Memetik mStar Online, Zahirah berkata jika dia ingin meluarkan kenyataan mengenai isu tersebut sejak awal lagi dia sudah melakukannya.

BACA: Fathia Latiff Ajak Zahirah MacWilson Berduet Pula

“Saya rasa kalau nak komen, sudah lama saya komen. Saya rasa awak dah nampak selama ini macam mana. Kalau nak komen, memang dah lama saya buat,” katanya.

Sementara itu, Aiman memilih untuk berdiam diri apabila ditanya oleh media mengenai kontroversi membabitkan dirinya itu.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Fathia menyamakan wajah Zahirah seperti bibik. Malah, Fathia berkata bekas teman lelakinya itu masih mencintainya.

Bagaimanapun, Fathia berkata dia tiada niat untuk menganggu rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson sebaliknya dendam tidak pernah surut serta mendakwa aktor itu mempermainkan perasaannya.