Bagaikan memberi bayangan seperti ada sesuatu yang bakal diberitahu oleh Zul Ariffin, pelakon yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Zahirah MacWilson menjelaskan bahawa dia kini dalam fasa mengenal hati budi pelakon lelaki tersebut.
BACA: Zahirah MacWilson Serah Soal Cinta Kepada Zul Ariffin
Menerusi laporan daripada portal Kosmo!, Zahirah turut mengakui bahawa gambar berpegangan tangan yang tersebar kini merupakan gambar dia dan juga Zul namun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama Zul.
“Sejujurnya saya tidak menafikan bahawa kami selesa berkawan namun masih mengenali hati budi masing-masing. Sekiranya bertanya sama ada kami bercinta atau tidak, perkara itu lebih baik disoal kepada Zul kerana bagi saya soalan itu adalah hak privasi”
“Saya tidak menafikan bahawa kami memang dalam fasa mengenali. Disebabkan itu kami berani tampil bersama di tempat awam. Namun saya tidak akan menceritakan secara terperinci hubungan ini kerana lebih selesa ia menjadi rahsia kami berdua,” jelasnya.
Selain itu, apabila disoal mengenai status kekasih Zul sebelum ini iaitu Gayatri Su-Lin Pillai, Zahirah berpendapat soalan tersebut adalah lebih arif ditujukan kepada Zul sendiri. Kami rasa, ramai peminat Zul sudah tahu apa yang berlaku di antara mereka, bukan? (rtky/s)