fbpx

Semalam sesiapa yang memilik Astro Warna pasti tidak boleh melupakan rancangan Super Spontan yang sentiasa membuat anda tergelak terbahak bahak sehinggakan senak usus perut.

Super Spontan telah pun masuk ke minggu ketiga semalam dan menyaksikan kumpulan Beruang Comel Tewas kepada Kumpulan Angsa Ganas yang tampak lebih menyerlah minggu ini

Yang pasti pada minggu hadapan kita bakal menyaksikan mangsa pertama dari Beruang Comel yang terpaksa di singgkirkan oleh ahli kumpulan sendiri.

Sebelum bermulanya aksi di minggu ketiga semalam kita terpaksa bersedih hati apabila ahli kumpulan dari angsa ganas, Zahid terpaksa disingkirkan oleh ahli kumpulannya sendiri. 

Penyingkiran itu terjadi apabila Kumpulan Angsa Ganas telah tewas di tangan beruang comel di Minggu kedua dan Zahid mendapat undian tertinggi dalam kumpulannya untuk disingkirkan.

Zahid berkata kepada wartawan kami semalam bahawa beliau memang faham dan akur dengan keputusan ahli kumpulannya kerana beliau agak susah untuk memberikan komitmen untuk hadir pada sesi latihan kerana jadual bercanggah dengan waktu beliau bekerja sebagai Dj radio ERA FM.

[nggallery id=26]