fbpx

Zahid AF2, Isteri Berpisah Kerana Tiada Persefahaman

Tiada angin tiada ribut, hari ini Zahid AF2 mengesahkan sudah berpisah dengan bekas isteri, Sarah Julifa Julai lalu. Bagaimanapun Zahid menolak dakwaan orang ketiga merupakan punca penceraian mereka berdua.

BACA: Gossip: Zahid AF2 Rancang Kahwini Tengku Nurul Mardiana Hujung Tahun Ini?

“Memang betul khabar angin yang mengatakan saya sudah berpisah dengan isteri. Saya dan bekas isteri berpisah secara baik. Perkara itu sudah dibincangkan selama setahun sebelum buat keputusan untuk berpisah 18 Julai lalu”

“Saya rasa serba salah juga sebab perpisahan kami terjadi beberapa hari sebelum hari lahir dia pula. Sebenarnya penceraian ini saya tak boleh beritahu orang luar sebab hal rumah tangga saya dan ia terlalu peribadi”

“Kami berpisah secara baik dan bukan disebabkan orang ketiga dan tiada pergaduhan. Tapi saya dengan dia sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri dan hanya ada persefahaman untuk anak sahaja,” katanya.

Menurut Zahid, keputusan berat ini diambil sebagai penyelesaian terbaik buat mereka selepas rumah tangga yang dibina bergolak sejak setahun lalu. Terdahulu pasangan ini berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang anak. (rtky/w)