fbpx

Yusuf Bahrin Kagum Isteri Kuat Hadapi Ujian, Istiqamah Tutup Aurat

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai isu penyanyi Zizi Kirana didakwa melanggar kontrak dengan sebuah syarikat produksi drama.

Difahamkan, isu berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila perubahan imej Zizi dengan memakai tudung ketika penggambaran drama lakonannya masih berbaki 30 peratus.

BACA: Sebulan Bergelar Isteri, Zizi Kirana Seronok Sediakan Bekal Untuk Suami

Mengulas mengenai perkara itu, suami kepada penyanyi itu iaitu pelakon Yusuf Bahrin berkata dia kagum dengan kecekalan isterinya dalam melaksanakan perintah Allah untuk menutup aurat.

Tidak mahu campur urusan pekerjaan Zizi, Yusuf berkata dia akan sentiasa menyokong apa jua tindakan yang diambil oleh isterinya ke arah kebaikan.

“Saya akan support dia 100 peratus untuk terus istiqamah di jalan Allah. Saya akan sentiasa ada di sisi dia walau apa jua ujian yang dihadapinya,” katanya.

Dalam pada itu, Yusuf turut meluahkan rasa syukur kerana isterinya tetap dengan pendirian untuk menjadi seorang muslimah yang baik.

“Senyum je dia…MasyaAllah. Saya pun tak sekuat dia dalam menghadapi ujian. Allah itu sebaik-baik perancang dan Maha mengetahui kerana jodohkan saya dengan Zizi yang penyabar dan positif. Dia seorang yang tetap pendiriannya tambahan pula apabila berkenaan dengan isu agama,” katanya.