fbpx

Yusof Haslam Reda, Syamsul Pernah Tiga Tahun Tak Balik Raya

Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail sudah reda dan terpulang kepada Syamsul Yusof untuk pulang berhari raya mereka atau tidak.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Yusof berkata anaknya itu pernah tiga tahun tidak balik beraya dengan mereka serta mengatakan pintu rumah sentiasa terbuka untuknya.

BACA: Syamsul Dakwa Puteri Sarah Ada Hubungan Dengan Suami Orang Sejak Awal Perkahwinan

“Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail, sudah reda.

“Sama ada dia balik beraya dengan kami atau tidak, itu Wallahu a’lam (Dan Allah lebih tahu). Dia (Syamsul) pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun. Lepas itu, dia ada balik sekejap. Tak apalah. Bagi saya, saya redakanlah,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata meskipun berdepan masalah apabila tiba hari raya kita akan mengambil peluang untuk bermaaf-maafan

“Pintu rumah kami, sudah tentu sentiasa terbuka untuk dia kalau dia balik. Anak kita kan. Kalau sahabat kita pun, kalau kita ada krisis, tapi kalau dah berhari raya, mestilah beraya ini untuk kita bermaaf-maafan,” katanya.