fbpx

Yusof Haslam Enggan Komen Kerana Mahu Jaga Hati Semua Pihak

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan komen mengenai isu perkahwinan anaknya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Memetik Harian Metro, Yusof berkata dia mahu menjaga hati semua pihak dan enggan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang serta mendoakan yang terbaik buat anaknya.

BACA: Yusof Haslam Tak Mahu Ambil Tahu Hal Kazar

“Saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa berhubung isu ini. Saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah kenyataan yang diberikan saya sebelum ini mengenai perkara ini.

“Saya mendoakan yang terbaik dan tidak mahu komen lebih lanjut lagi demi kebaikan semua pihak,” katanya.

Meskipun Yusof dilihat agak berdiplomasi berhubung konflik membabitkan anak dan menantunya itu, namun sedikit-sebanyak kecewa dengan tindakan Syamsul.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama Harian Metro, Syamsul berkata berusaha untuk mendapat restu ayahnya satu hari nanti serta  akan berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Puteri Sarah.