fbpx

Yusof Haslam Tak Mahu Ambil Tahu Hal Kazar

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata tiada keperluan untuk dia bersemuka dengan besannya, Kazar Saisi berhubung pernikahan anak mereka, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Memetik BH Online, Yusof berkata beliau enggan masuk campur serta tiada apa yang perlu dibincangkan.

BACA: Kecewa Dengan Syamsul, Yusof Haslam Menitis Air Mata

“Tiada apa yang perlu dibincang… Nasi sudah jadi bubur. Saya tak mahu ambil tahu hal Kazar. Lagipun, kami memang tidak rapat. Kalau jumpa di luar, setakat tegur begitu sahaja.

“Selama ini, iaitu sejak empat dan lima tahun lalu apabila isu ini timbul, saya tidak pernah tanya pun kepadanya. Tidak manis rasanya kerana ini membabitkan dua pihak iaitu anak dia dan anak saya,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya jika Kazar ingin bertemu keluarganya, pengarah itu enggan mengulas mengenai isu tersebut apatah lagi isterinya, Datin Patimah terluka dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak boleh hendak komen kerana ini membabitkan isteri saya. Saya tahu, dia sudah cukup terluka dengan apa yang berlaku.

“Rasanya, cukuplah kenyataan yang keluar dari mulut saya. Walau apapun yang terjadi, Syamsul tetap anak saya. Sebagai ayah, saya mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya.