fbpx

Yuna Sumbang Suara Untuk Runut Bunyi Filem Hollywood, Savages

Kali terakhir kami dengar tentang pemuzik Malaysia menjadi perhatian Hollywood adalah ketika lagu Zee Avi, Monte menjadi pilihan produksi drama bersiri Private Practice.

Dan, ini merupakan giliran Yuna yang kita semua tahu sedang sibuk mencipta nama dan pengaruh muzik beliau di Amerika Syarikat dan usaha’nya tidak berhenti setakat promosi konsert.

Yuna yang kini secara asas’nya menetap di sana telah terpilih untuk mendendangkan lagu Here Comes The Sun yang pernah di’popularkan oleh The Beatles untuk sebuah filem Hollywood berjudul Savages, arahan Oliver Stone.

Oliver Stone merupakan pengarah yang sama untuk filem Wall Street (1987) dan sekuel Wall Street: Money Never Sleeps (2011) selain JFK, Born on the Fourth of July.

Khabarnya, lagu dendangan Yuna tersebut bakal menjadi lagu penutup kepada filem yang turut di’bintangi oleh John Travolta, Blake Lively, Benicio Del Toro, Salma Hayek & Uma Thurman.

Here Comes The Sun nyanyian Yuna bersama 17 buah runut bunyi akan di’lancarkan sebagai sebuah album pada 6 Julai 2012 & sementara itu, kita layankan trailer epik Savages.