fbpx

Yuna Pernah Didesak Buka Tudung, Dedah Tubuh Untuk Popular

Kini berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna Zarai antara selebriti berhijab yang menjadi idola ramai ramai. Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu apa yang dilalui olehnya ketika di awal kerjayanya sebagai penyanyi.

Menerusi Instagram, Yuna mendedahkan dia pernah disuruh untuk untuk membuka tudung sebagai syarat untuk untuk menandatangani sebuah kontrak. Malah ada yang menyuruh mendedahkan tubuh, namun Yuna berkata dia tidak sesekali akan berbuat demikian.

BACA: Yuna Dilamar Agensi Model Terkenal Dunia

“Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri.

“Kerap juga saya diminta berbuat demikian, ada juga yang menyuruh saya untuk mendedahkan bahu dan lutut, saya tidak menghiraukannya juga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yuna memberitahu beberapa majalah fesyen tempatan ketika itu tidak mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan kerana imejnya berhiijab. Namun, kini semuanya sudah berubah dan masyarakat lebih terbuka menerima imej wanita berhijab.

“Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis lagu di Malaysia, beberapa majalah fesyen ketika itu tidak mahu memilih saya sebagai wajah muka hadapan.

“Sekarang, banyak perkara sudah berubah, saya gembira melihat wanita seperti saya di luar sana dan masyarakat dunia juga lebih menerima wanita seperti saya hari ini,” tambahnya.