Yuna Teruja Dilamar Agensi Model Antarabangsa
Selepas tampil bergaya di beberapa pertunjukkan fesyen Minggu Fesyen New York (NYFW) baru-baru ini, Yuna mengumumkan berita gembira buat peminat apabila beliau dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models.
BACA: Yuna Berehat Kerja Setahun Jika Hamil
Menerusi Instagram Yuna berkongsikan berita gembira berkenaan dan rasa terujanya apabila menjadi salah seorang selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu dikelilingi selebriti antarabangsa yang lain.
Di ruangan komen pula ramai mengucapkan tahniah termasuk beberapa selebriti terkenal tempatan. Untuk pengetahuan, Wilhelmina Models adalah agensi peragaan dan pengurusan bakat di New York, Amerika Syarikat.
Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo. Manakala antara nama besar dalam peragaan termasuk Janice Dickinson, Kendall Jenner.
Tahniah diucapkan buat Yuna dengan percapaian yang membanggakan buat rakyat Malaysia juga. Bukan senang untuk berada dimana Yuna berada sekarang lagi-lagi kena bersaing dengan ramai selebriti antarabangsa yang lain. Syabas! (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
So funny.. Ketot itam hipokrit.
lopak kau ambil fashion que dari Yuna ni.. love you Yuna!!!!! always keeping it real..
Ramai top models berkulit gelap..exotic gitu. kalau ketot sekalipun , jadi model majalah pun boleh.
ni mesti duk bwh coconut shell. Ko ingat kulit putih je laku? Ini tahap antarabangsa wooii bkn malaysia