fbpx

Yuna Nafi Bekerjasama Dengan Dr Dre, Persembahan Di Suara Kami 2011

Tidak kami jangka gambar sekeping yang kami siarkan sebulan lalu menjadi persoalan serius.

Kami ada menyiarkan gambar Yuna, Guy Sebastian & pemuzik yang di’dakwa sebagai Dr Dre dalam sebuah entri sekitar Ogos lalu.

Dan, ada peminat yang menyuarakan kepada kami yang pemuzik dalam gambar itu bukan Dr Dre seperti yang di’dakwa. Kami silap, kami hanya menurut sumber. Alasan.

Dalam temubual bersama media ketika sidang akhbar Suara Kami 2011, Pop Shuvit bertanyakan kepada Yuna adakah benar beliau benar benar sedang bekerjasama dengan Dr Dre?

Yuna yang kelihatan kurang sihat hari itu menafikan yang beliau mempunyai sebarang kaitan kerja dengan Dr Dre namun tidak menafikan yang dalam gambar tersebut adalah pemuzik lain bernama Dre. Bukan Dr Dre.

Yuna turut memberitahu beliau akan pulang ke Los Angeles sekitar minggu ini untuk meneruskan misi merakamkan album penuh untuk pasaran Amerika Syarikat & Eropah di’sana. Good luck Yuna!

Gambar sekitar persembahan Yuna di konsert Suara Kami 2011 yang berlangsung Sabtu lalu selepas ini. Enjoice

Gambar & video terima kasih kepada jurugambar penuh dedikasi kami Abdus Fauzi, Adam Noah & Adie Zhafran. Kami akan terus bekerjasama untuk membawakan yang terbaik untuk anda.