fbpx

Yuna Berehat Kerja Setahun Jika Hamil

Kerjaya seni yang semakin berkembang di luar negara tidak menghalang Yuna untuk mencuba hamil. Jelasnya jika dikurniakan rezeki cahaya mata, Yuna tidak kisah berehat sementara demi memberi tumpuan kepada kandungan.

BACA: Peminat Teruja Yuna Beri Bayangan Bakal Berduet Dengan BTS

“Kalau saya hamil nanti, saya bersedia untuk berehat selama setahun. Saya mahu memberikan sepenuh perhatian pada kandungan dan bayi. Saya tidak merancang, tetapi kalau boleh biarlah (hamil) selepas semua kerja saya selesai”

“Lagipun, buat masa ini, saya dan suami duduk berjauhan. Namun, kalau sudah diberikan rezeki, saya terima sahaja. Sekarang, saya akan balik ke Malaysia setiap dua bulan sekali kerana suami bekerja di sini,” jelasnya.

Kongsi Yuna lagi, buat masa ini tiada perancangan buatnya untuk kembali ke Malaysia lagi. Namun Yuna berkata, beliau sering pulang ke Malaysia kerana suaminya yang masih bekerja di sini. (rtky/w)