Kami suka sebenarnya jika seorang selebriti atau artis itu mempunyai mentaliti seorang usahawan. Mereka akan berinovasi.


Sebelum ini khalayak sudah tahu yang penyanyi suara gemersik (ehemm), Yuna menjalankan peniagaan menjual pakaian dengan jenama sendiri.

Nampaknya kekasih hati Qi ini bakal muncul dengan satu lagi produk untuk peminat & rakyat Malaysia umum’nya.

Gambar di’atas menunjukkan lakaran awal bungkusan & botol minyak wangi keluaran Yuna yang kami faham membawa nama ‘Yuna Decorate’.

Menurut Yuna sendiri melalui Twitter, siri wangian keluaran beliau ini akan menjadi satu produk istimewa mampu milik & bercitarasa tinggi.

Kredit gambar kepada Yuna melalui Twitter & tips oleh SelebriTweets. Ada tips? Hantarkan melalui e-mail atau Twitter kami, @rotikaya.