fbpx

Yoyo Padi Dikenakan Hukuman Penjara Satu Tahun Kerana Miliki Syabu

Majlis hakim Pengadilan Negeri Jakarta Pusat hari ini memutuskan yang Yoyo atau nama sebenarnya Surendro Prasetyo bersalah memiliki dadah jenis crystal meth atau syabu.

Hakim juga memutuskan yang Yoyo Padi akan menjalani tempoh penjara selama satu tahun bersama satu tempoh pemulihan selepas itu.

Hukuman penjara ini ringan 3 bulan dari apa yang di’tuntut oleh pihak pendakwaraya sebelum ini.

Yoyo Padi yang juga bekas suami kepada penyanyi Rossa ini di’tahan Februari lalu bersama 0.5g syabu di kediaman beliau di Sudirman Park Apartment.

Yoyo sebelum ini mengakui yang beliau sudah lama terbabit dengan gejala dadah pernah meminta pertolongan Tuhan supaya beliau berhenti namun terlalu sukar buat dirinya untuk meninggalkan tabiat buruk itu.