fbpx

Yonnyboii Tak Kisah Isteri Pakai Seksi

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai nama isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira yang dikatakan semakin seksi dan netizen mendakwa mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap itu.

Bagaimanapun, Nazira berkata dia lebih selesa menjadi diri sendiri meskipun sedar sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

BACA: “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri…Waktu Kolej Pun Pakai Macam Ni” – Isteri Yonnyboii

Memetik Astro Gempak, Yonny berkata dia tidak kisah isterinya berpakaian seksi kerana menganggap penampilannya itu hanya untuk dirinya.

“Bagi saya tak perlu kot orang lain jaga tepi kain saya dan nak tahu macam mana saya jaga bini saya. Orang hanya nampak dan tahu apa yang kita kongsi di laman sosial.

“Tapi orang tak tahu yang kami berdua ni jenis duduk rumah saja. Jadi, dia sekadar nak feeling sendiri dan lawa-lawa bila berada di rumah, ambil gambar atau selfie dalam rumah saja.

“Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya biarlah dia nak melawa. Sebab dia nak melawa pun untuk saya…I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Yonny meluahkan rasa syukur dirinya masih lagi relevan kerana orang ramai masih bercakap mengenainya bersama isteri serta menyifatkan mereka diluar sana mengambil berat tentang dirinya.

“Kami dah tak fikir sangat, apa saja publisiti adalah publisiti. Kalau orang kisah pasal saya maksudnya mereka ambila berat lagi pasal saya.

“Kiranya orang masih fikir pasal kita. Saya bersyukur saya masih relevan dan orang masih bercakap dan saya berharap orang terus bercakap sampai bila-bila. Kita tak jadi sendu,” katanya.