“Saya Hanya Jadi Diri Sendiri…Waktu Kolej Pun Pakai Macam Ni” – Isteri Yonnyboii
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai nama isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira apabila netizen mendakwa mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap itu.
Memetik Oh Bulan, Nazira menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej lagi.
BACA: Makin Seksi, Netizen Dakwa Isteri Yonnyboi ‘Culture Shock’
Menurut Nazira lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri meskipun sedar sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.
“Saya hanya menjadi diri sendiri… mereka yang kecam itu mungkin tak tahu atau tak kenal siapa saya. Imej saya ini bukan sebab kahwin dengan Yonnyboii.
“Tapi memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini. Bagi saya, apa saja saya buat mesti akan nampak salah di mata netizen,” katanya.
Kata Nazira lagi, suami turut menasihatinya untuk tidak membaca serta mengabaikan komen netizen bagi mengelakkan emosi terganggu.
“Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan gembira saja. Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala,” katanya.
Dalam pada itu, Nazira turut memohon maaf jika penampilannya itu dianggap terlalu seksi sehingga membuatkan mata orang lain ‘sakit’.
“Saya rasa, saya tak pernah kacau orang atau bukannya saya ini jenis suka kecam orang sana sini hanya untuk dapatkan perhatian.
“Ikutkan selama ini pun saya buat hal sendiri. Tapi tak apa la, saya minta maaf kalau ada netizen lihat imej saya terlalu seksi,” katanya.
Terdahulu, Nazira dikecam apabila video yang dimuat naik di aplikasi TikTok melakukan trend berjalan seperti model mengikut rentak lagu Gaga Dance menjadi bualan.
Menerusi video itu, Yonny dan Nazira dilihat tampil sedondon mengenakan busana berwarna hitam. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai pakai isteri kepada penyanyi rap itu dikatakan mencolok mata.
dah nikah,ada jodoh.
seksi di rumah utk hubby je dik.
x fhm btol aku org yg dh nikah,seksi kat luar,x menutup aurat.x sayang hubby and diri sendiri ke.
Nk goda,spe dik.
(adoi iklan kat roti kaya non stop).
(caiyoisekfancacib**).
(astafighallhalazim).
Ye lh..tp ko ttp x lawo dik..
sama padan lah dgn laki dia, pun xensem
Betullah org ngutuk, org maki ko mmglah ko dpt pahala. Abis, dosa ko tayang aurat tu ko x fikir pulak? Nko sendiri yg jadi punca org kutuk & maki ko. Ko x fikir pulak eh. Dasar nk tau pahala je & x fikir dosa. Rasa suci & bahagia sgtlah tu dok fikir byk pahala eh?
Still rupa ko macam upiak. Hahahaha
Ikat ikat peha macam tu dah rupa pelacur kelas 3. Wakaka…
Sesuaila dengan laki ko dah rupe bapak ayam kl. Hahaha
Apapun, kesian kat laki ko dik
So, hang nk bagi tau yg sume pompuan Islam baligh yg patuh pada perintah Allah dgn menutup aurat tu… bukan jadi diri mereka sendirila?
Gitu????
Contohilah siti Nurhaliza dik. Dari anak dara sampai dah kawen sentiasa berpakaian sopan. Malu sikit dekat aafiyah tu. Dia pun sopan Bukan mcm ko. Tengok rupe pun orang dah benci.
..adoii..dari dulu tak boleh terima muka laki ko dik..muka tak sudah..klakar ya amat..