Yonnyboii Pelik Tak Diserang Panik Masa Akad Nikah
Selepas sebulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Yonnyboii selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November lalu dengan gadis pilihan hati, Nik Nazira Nariman.
Bagaimanapun, Yonny mengakui berasa pelik apabila tidak langsung gementar atau pun mengalami serangan panik ketika akad nikah.
BACA: Sebulan Bertunang, Yonnyboii Bernikah Senyap-Senyap
“Saya masih ingat lagi momen pernikahan walaupun hampir dua minggu berlalu yang seakan melalui magis kerana saya bukan saja lancar melafazkan akad malah merasai perasaan paling tenang dan bahagia.
“Saya sendiri pelik sebab beberapa hari sebelum itu saya agak bimbang dengan bermacam-macam perkara bermain di fikiran terutama soal tanggungjawab yang bakal digalas nanti,” katanya.
Selepas sekian lama berdepan masalah kebimbangan melampau atau ‘anxiety’, Yonny berkata segala kebimbangannya hilang apabila bersama isteri.
“Namun betul kata orang, apabila kita yakin itulah jodoh terbaik dan cinta pandang pertama, segala kerisauan terus hilang sebaik si dia di depan menanti kami disatukan.
“Kiranya isteri menjadi penguat semangat sehingga saya kalis kebimbangan kerana bersama dia semacam ada magis terutama pada saat kami sah bergelar suami isteri,” katanya.
Terdahulu, Yonny mengejutkan ramai apabila secara senyap-senyap bernikah pada 20 November lalu. Tiada niat untuk berahsia, Yonny berkata keluarga yang meminta supaya mereka mempercepatkan majlis kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.
- SUMBER
- Kosmo!
next
Yon beli berus gg mahal sikit dkt bini tu yon oih. Nape tak g whitening dulu sblm akad.
Rakyat pelik. Bila nak dapat 10K one off KWSP tanpa syarat for the last time? Bila? Harga barang naik. Semua pon naik. Minta duit sendiri macam pengemis. Dah lah bantuan bagi ciput! Tengku Zafrul bolehlah kaya hari minggu kayuh basikal ribu ribu. Rakyat hari minggu masih bekerja nak sara keluarga. Ismail Sabri BN dah menang di Melaka. Tunaikan tuntutan rakyat! KWSP duit rakyat.
Habiihhh nko dh birah sangat!! Tu yg hilang panik nko?? K.. Bubaiii
Kalau asyik mengundi taik…dedak je la yg mendapat…macam xda parti lain….