Sebulan Bertunang, Yonnyboii Bernikah Senyap-Senyap
Selepas sebulan bertunang, rupanya penyanyi, Yonnyboii sudah pun selamat bernikah dengan gadis pilihan hati, Nik Nazira Narriman, di Duchess Place, Ampang, pada 20 November lalu.
Tiada niat merahsiakan penikahan tersebut, Yonny berkata keluarga yang meminta supaya mereka mempercepatkan majlis kerana bimbang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.
BACA: Yonnyboii Diserang Panik Selepas Catwalk, Nasib Baik Ada Tunang Tenangkan
“Saya menikah sehari selepas Haqiem Rusli yang mana keluarga meminta kami mempercepatkan majlis. Majlis ringkas saja bersaksikan 20 orang ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua belah pihak.
“Tiada niat hendak merahsiakan pernikahan, cuma kami hanya ingin menjaga hati keluarga yang mana jumlah tetamu terpaksa dihadkan. Oleh itu, kami memilih untuk tidak terlalu menghebahkannya.
“Alhamdulillah, semua urusan untuk menikah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh sehari saja. Malah, baju nikah kami berdua berjaya disiapkan sehari saja,” katanya.
Dalam pada itu, Yonny berkata ibunya juga turut meminta dia dan isteri untuk mememuat naik gambar di Instagram untuk mengelakkan fitnah.
“Sebenarnya keputusan untuk berkahwin ini dibuat tiga hari sebelum tarikh 20 November. Ibu saya yang meminta kami untuk memuat naik gambar di Instagram bagi mengelakkan fitnah. Kata orang, elok dihebahkan urusan perkahwinan,” katanya.
Semalam, Yonny mengejutkan ramai apabila memuat naik gambarnya bersama isteri di pelamin dengan kapsyen ‘Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri’.
Terdahulu, Yonnyboii mengikat tali pertunangan dengan Nazira pada 9 Oktober lalu. Pasangan itu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 22 Januari pada tahun hadapan.
- SUMBER
- Harian Metro
bgus la..tunang sekejap pastu kawen…bercinta diam2 pastu kawen…yg pasangan sejoli(kononnya) dok pung pang pung pang melamar kt tv,siap ada bridal shower,smpai skrg x kawen2…bila org tanya konon sibuk dgn keja…
Ckp je yg mmg tgh gigih berusaha nk buat wedding of the year
tahniah yonny..bgus ikut ckp org tua..
aku dok tggu si kamal ngn uqasha punye wedding..
ckp haritu tggu habis pkp..skang dh habis pkp.. dh ramai yg kawin tp semua tu mmg x heboh2..dia dh lme hebohhhh tp idoookkk lg..
tggu sponsor cm hakiem rusly keww….
Pung pang pung pang.. Sekor Naik heli bagai, ttp muka guna emoji tp X nikah2!! Sekor lagi bridal shower ala2 sepanyol konon.. Nikah nya pun blom!!! Hakktuiii ?
Ni lagi sekor couple BBNU. Masa tunang nampak helok je si perempuan. Ni tutup kepala je pulak. Baik pakai tudung sajian dikampung silam. Napa tiba2 kawen cmtu? Musykil ni hmm. Dah ditebuk kah? Ada hasil semaian kah? Harapnya tidak begitulah mih mih mih
Inilah lelaki berkualiti. Bukan acam anak anak jantan acik kepam dan pakcik babu yang kerja siang malam nak sara keluarga.
Meanwhile, kau orang pergilah any flat, pangsapuri rumah teres murah. Mesti akan jumpa JANTAN TAK LAKU LEPAK LUAR lapar perhatian harap orang sedar dia wujud.
Jangan kata perempuan. Gay tua pon jijik nak pandang. Kalau kau JANTAN MISKIN. Sejenis PEMALAS TAPI RAJIN LEPAK DI LALUAN ORANG RAMAI sebab kau takda keyakinan nak lepak sorang.
Auto orang jijik tengok. Dalam fikiran orang, semua tahu kau JANTAN TAK LAKU. MISKIN DAN PEMALAS. Banyak masa untuk dibazirkan dengan lepak.